BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 17, 2011

Perumpamaan 10 orang gadis


Matius 25:1-13

"pada masa itu Pemerintahan Allah seperti perumpamaan berikut. Sepuluh orang gadis keluar membawa pelita untuk menyambut pengantin lelaki. lima orang daripada mereka kurang bijak, tetapi lima orang yang lain bijak. lima orang gadis yang kurang bijak membawa pelita, tetapi tidak membawa minyak tambahan. Lima orang gadis yang bijak membawa pelita dan juga bekas yang penuh dengan minyak. Pengantin lelaki itu lambat datang, maka mengantuklah semua gadis itu lalu tertidur. Pada tengah malam, terdengar suara orang berseru, " Pengantin lelaki datang! Mari, sambutlah dia!". Sepuluh orang gadis itu bangun lalu memasang pelitah. lima orang gadis yang kurang bijak berkata kepada yang bijak, ' Berilah kami sedikit minyak, kerana pelita kami hampir padam. " " Tidak boleh!" kata gadis-gadis yang bijak itu. " Minyak tidak cukup untuk kita semua. Pergilah ke kedai dan belilah minyak.' Oleh itu lima orang gadis yang kurang bijak itu pergi membeli minyak. Sementara mereka pergi, pengantin lelaki tiba. Kelima-lima orang gadis yang sudah siap itu masuk bersama-sama pengantin lelaki ke balai perjamuan, dan pintu pun ditutup. Kemudian gadis-gadis yang lain itu tiba. 'Tuan, tuan,' seru mereka, ' bukalah pintu untuk kami.' Tetapi pengantin lelaki itu menjawab, ' Aku tidak kenal kamu!.' " Yesus mengakhiri perumpamaan-Nya dengan mengatakan, "Oleh itu, berjaga-jagalah kerana kamu tidak tahu hari ataupun waktunya. "




saat ini, adakah kita seperti 5 orang gadis bijaksana itu? ataupun seperti 5 gadis yang kurang bijaknya?... 

adakah saat ini kita membawa minyak tambahan itu? atau hanya membawa pelitanya? adakah kita setiap hari berada dalam kepenuhan RohNYA?

adakah saat ini rohani kita sedang tidur dan hampir padam kerna menyangka kedatanganNYa itu masih lama lagi? atau saat ini kita sentiasa berjaga-jaga dan layani Dia dalam Roh sementara menanti kedatanganNYA yang bagaikan pencuri di waktu malam?

selidiki lah peribadi kita dihapan Tuhan. God bless ^-^



1 comment:

  1. perkongsian yg amt indah..mohon kunjungi blog sy .. :)

    ReplyDelete

thank you for your response,God bless you^-^V

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers